Rabu, 11 November 2009

FIQH - WAKAF

Dari segi bahasa :
Wakaf bermaksud ;tahan atau berhenti

Wakaf darisegi istilah :
Menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat daripadanya. atau..,
Wakaf ialah menahan harta tertentu yang boleh diambil manfaat daripada zatnya untuk digunakan pada tujuan kebajikan, dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dan tidak boleh dijadikan jual-beli atau "hibah" pada zat benda yang diwakafkan itu.

HUKUM WAKAF
Hukum wakaf adalah HARUS dalam syariat Islam dan ia adalah amalan yang digalakkan dengan berdasarkan nas al-Quran dan hadis.

DALIL AL-QURAN
Firman Allah S.W.T dalam surah ali-imran ayat 92:
Maksudnya: kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

RUKUN WAKAF
Orang yang mewakafkan.
Pihak yang menerima wakaf
Benda yang diwakafkan.
"Sighah" iaitu ijab dan qabul.