Isnin, 27 Disember 2010

HADIS : PENGERTIAN HADIS

PENGERTIAN
Hadits adalah segala perkataan (sabda), perbuatan dan ketetapan dan persetujuan dari Nabi Muhammad SAW yang dijadikan ketetapan ataupun hukum dalam agama Islam. Hadits dijadikan sumber hukum dalam agama Islam selain Al-Qur'an, Ijma dan Qiyas, dimana dalam hal ini, kedudukan hadits merupakan sumber hukum kedua setelah Al-Qur'an.

ULAMA HADIS
Ada tujuh ulama utama, yakni Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Turmudzi, Imam Ahmad, Imam Nasa'i, dan Imam Ibnu Majah.

DIMENSI HADIS.
  1. Hadits yang dilihat dari banyak sedikitnya perawi
    • Hadits Mutawatir
    • Hadits Ahad
      • Hadits Shahih
      • Hadits Hasan
      • Hadits Dha'if
  2. Menurut ragam periwayatannya
    • Hadits yang bersambung sanadnya (hadits Marfu' atau Maushul) 
    • Hadits yang terputus sanadnya 
      • Hadits Mu'allaq 
      • Hadits Mursal 
      • Hadits Mudallas 
      • Hadits Munqathi 
      • Hadits Mu'dhol 
  3. Hadits-hadits dha'if disebabkan oleh cacat perawi
    • Hadits Maudhu' 
    • Hadits Matruk 
    • Hadits Mungkar 
    • Hadits Mu'allal 
    • Hadits Mudhthorib 
    • Hadits Maqlub 
    • Hadits Munqalib 
    • Hadits Mudraj 
    • Hadits Syadz

Isnin, 13 Disember 2010

HADIS : KEMANISAN IMAN

Anas Bin Malik
  1. Beliau ialah Abu Hamzah Anas bin malik lama mengkhidmatkan dirinya kepada Rasulullah. Dari masa Hijrah sehingga wafat, beberapa kali berperang bersama Rasulullah. Pernah berbaiah dengan Nabi dibawah pokok Ridwan.
  2. Beliau pernah menceritakan " Aku menjadi khadam nabi selama 10 tahun. Aku tidak pernah dipukul, tidak pernah di hina, tidak pernah nabi menunjukkan muka masam kepadaku.
  3. Nabi pernah berdoa untuknya
    • Banyak harta
    • Panjang umur - 91 tahun. Sahabat terakhir meninggal di Basrah.
    • Ramai anak - lebih seratus orang
 
Kasihkan Allah dan Nabi
عن عمر رضي الله عنه أنه قال للنبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله لأنت أحب إلي من كل شئ إلا من نفسي، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (لا والذي نفسي بيده حتى أكون أحب اليك من نفسك فقال عمر: فإنه الآن والله لأنت أحب إلي من نفسي : فقال النبي صلى الله عليه وسلم : الآن يا عمر). (رواه البخاري برقم 6632) وعن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: ( لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحبّ اليه من والده وولده والناس أجمعين). (رواه البخاري برقم 15).

Sabtu, 27 November 2010

FIQH : KORBAN DAN AKIKAH

PENGERTIAN QURBAN
Dari segi bahasa, qurban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allah subhanahu wata‘ala.
Dari sudut syara‘, qurban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

PENSYARI‘ATAN QURBAN
Qurban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Hukum melakukan qurban ialah sunnah mu’akkadah bagi sesiapa yang mampu melakukannya.

Firman Allah subhanahu wata‘ala:
{ فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ }
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (sebagai tanda syukur)”
(Surah Al-Kauthar 108:2)

WAKTU PELAKSANAAN IBADAH QURBAN
Waktu bagi menyembelih qurban bermula setelah selesai sembahyang Hari Raya dan bacaan khutbahnya iaitu setelah naik matahari sekadar segalah. Masanya berterusan siang dan malam sehingga Hari Tasyrik yang akhir iaitu sebelum terbenam matahari pada hari tersebut.
HUKUM DAGING QURBAN
Daging korban (sunat); sunat dimakan tuannya (sedikit atau separuh atau 1/3). Yang afdhalnya disedekahkan kesemuanya kecuali memakannya beberapa suap mengambil barakah
Daging korban wajib tidak boleh dimakan, disedekahkan kesemuanya.
Boleh dijamu kepada orang kaya atau diberi sebagai hadiah bukan milikan (sehingga boleh dijual)

****************************************************************************** 
PENGERTIAN ‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.

HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut.

Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya:
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."

PERBEZAAN ANTARA AKIKAH DAN QURBAN 
  •  ‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
  • Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
  • ‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
  • Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.

Isnin, 15 November 2010

SIRAH : KHADIJAH BINTI KHUWAILID

عن عائشة قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكاد يخرج من البيت حتى يذكر خديجة . فيحسن الثناء عليها . فذكرها يوما " من الأيام فأدركتني الغيرة . فقلت : هل كانت إلا عجوزا " ، فقد أبدلك الله خيرا " منها ، فغضب ، ثم قال : لا والله ما أبدلني الله خيرا " منها ، آمنت بي إذ كفر الناس . وصدقتني إذ كذبني الناس ، وواستني في مالها إذ حرمني الناس. ورزقني الله منها أولادا " إذ حرمني أولاد النساء ، قالت عائشة : فقلت في نفسي لا أذكرها بسيئة أبدا " .( رواه أحمد واسناده حسن " الزوائد 224 / 9 " وابن عبد البر " الإستيعاب 287 / 4 " وابن كثير " البداية والنهاية 92 / 8 ")


Daripada Saidatina Aisyah RA. Rasulullah hampir tidak keluar rumah melainkan setelah menyebut kebaikan khadijah. Suatu hari baginda menyebut2 kebaikannya sehingga aku naik rasa cemburu. Aku berkata "apalah yang ada pada orang tua tu, Allah sudah menggantikan untukmu orang yang lebih baik". Rasulullah murka dan berkata "tidak. demi Allah, tidak ada orang yang boleh menggantikannya.. dia beriman denganku ketika orang lain kufur, membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku, memudahkan aku dengan hartanya ketika orang lain memulauku dan dia melahirkan anak2ku sedang isteri yang lain tidak melahirkan. Aisyah berkata pada dirinya sendiri "mulai sekarang ,aku tidak memburuk2kan khadijah lagi.

FAKTA
  • Pernah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW.
  • Menolak semua lamaran pembesar quraisy yang datang  sebelum berkahwin dengan baginda.
  • Abu Talib menawarkan kepadanya Nabi Muhammad untuk bekerja dengannya; berniaga ke Syam. Khadijah terkejut hampir tidak percaya. Maisarah turut sama dalam rombongan perniagaan itu.
  • Maisrah menceritakan kelebihan Nabi Muhammad kepada Khadijah..tajam fikiran, kata-kata manis, cakap berhikmah.
  • Napisah binti Muniyyah (kawan karib khadijah) perasan keinginan Khadijah dan menyampaikan perkara itu kepada Nabi Muhammad. Abu Talib sangat gembira bila diberitahu keinginan Nabi Muhammad untuk bernikah dengan Khadijah. Abu talib menyediakan 20 ekor unta untuk dijadikan mahar.
  • Berkahwin sedang usianya 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun.
  • Melahirkan Qasim tetapi meninggal ketika berusia 1 tahun setengah. 
  • Menjadikan Zaid bin Harithah anak angkat. sangat mengasihi Nabi sehingga menolak kembali ke pangkuan keluarganya sendiri sebagai anak merdeka.

Khamis, 9 September 2010

FIQH : RAYA HARI JUMAAT

Pertanyaan: Pada tahun ini bertemu dalam sehari dua hari raya, yaitu : Hari Jum’at dan ‘Idul Adh-ha. Manakah yang benar : Kita tetap melaksanakan shalat Zhuhur jika kita tidak shalat Jum’at, ataukah kewajiban shalat Zhuhur gugur apabila kita tidak shalat Jum’at?


Jawab: Barangsiapa yang melaksanakan shalat ‘Id bertepatan dengan hari Jum’at, maka dia diberi rukhshah (keringanan) untuk meninggalkan shalat Jum’at pada hari tersebut, kecuali imam. Adapun imam, tetap wajib atasnya menegakkan shalat Jum’at bersama kaum muslimin yang hadir.
diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab Sunan-nya dari Iyas bin Abi Ramlah Asy-Syami berkata:


« شهدت معاوية بن أبي سفيان وهو يسأل زيد بن أرقم قال: أشهدت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم عيدين اجتمعا في يوم؟ قال: نعم، قال: فكيف صنع؟ قال: صلى العيد ثم رخص في الجمعة، فقال: من شاء أن يصلي فليصل، »
Aku menyaksikan Mu’awiyah bin Abi Sufyan sedang bertanya kepada Zaid bin Arqam, “Apakah engkau menyaksikan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dua ‘Id bertepatan pada satu hari?” Zaid menjawab, “Ya.” Mu’awiyah bertanya lagi, “Bagaimana yang beliau lakukan?” Zaid menjawab, “Beliau mengerjakan shalat ‘Id kemudian memberikan rukhshah (keringanan) untuk shalat Jum’at. Beliau mengatakan, Barangsiapa yang hendak mengerjakan shalat (Jum’at), maka silakan mengerjakan shalat (Jum’at).” [HR. Ahmad (IV/372), Abu Dawud 1070, An-Nasa`i 1591, Ibnu Majah 1310. Hadits ini dishahihkan oleh Ibnu Madini, Al-Hakim, dan Adz-Dzahabi. Dishahihkan pula oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud - Al-Umm no. 981.]

IKLAN RAYA : KELIRU


Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan . Iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur Krismas , Hindu dan Buddha . [ beca terbang , teratai dan pelita ]


2. Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak - kanak menjadi syirik. Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam.

Sabtu, 4 September 2010

RAMADHAN : BEBAN TAKLIF MENGIKUT KEMAMPUAN

وعَنْ أَبي هُريرة رضي الله عنْهُ قال: جاءَ رجُلٌ إلى النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم فقال: هَلَكْتُ يا رسول الله قال, "وما أَهْلَكك؟" قال: وقعْتُ على امرأَتي في رمضان فقال, "هلْ تَجدُ ما تُعتقُ رقبة؟" قال: لا، قال, "فهل تَسْتَطيعُ أَن تَصومَ شهرين مُتتابعين؟" قال: لا، قال, "فهل تَجدُ ما تُطعمُ ستِّين مسْكيناً؟" قال: لا، قال: ثمَّ جلس فأَتي النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم بعَرَقٍ فيه تمرٌ فقال, "تَصَدَّقْ بهذا" فقال: أَعلى أَفْقَر مِنّا؟ فما بيْنَ لابَتَيها أَهل بيت أَحْوج منّا فَضَحك النّبيُّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم حتى بدتْ أَنيابهُ، ثم قالَ, "اذهب فأَطعمهُ أَهلك" رواهُ السبّعة واللفظ لمسْلمٍ


Dari Abi Hurairah ra, bahwa seseorang mendatangi Rasulullah SAW dan berkata, ”Celaka aku ya Rasulullah.” “Apa yang membuatmu celaka?“ Aku bersetubuh dengan isteriku di bulan Ramadhan.” Nabi bertanya, ”Apakah kamu punyai seorang hamba abdi untuk dimerdekakan? “ “Aku tidak punya.” “Apakah kamu sanggup puasa 2 bulan berturut-turut?””Tidak.” “Apakah kamu mampu memberi makan 60 orang fakir miskin?“”Tidak.” Kemudian duduk. Lalu dibawakan kepada Nabi stu bakul besar kurma maka Nabi berkata, ”Ambillah kurma ini untuk kamu sedekahkan.” Orang itu menjawab lagi, ”Adakah orang yang lebih miskin dariku? Tidak ada lagi orang yang lebih miskin di barat atau timur madinah ini kecuali aku.” Maka Nabi SAW tertawa hingga terlihat giginya lalu bersabda, ”Bawalah kurma ini dan beri makan keluargamu.” (HR Bukhari: 1936, Muslim: 1111, Abu Daud 2390, Tirmizy 724, An-Nasai 3115 dan Ibnu Majah 1671).

Khamis, 3 Jun 2010

Freedom Flotilla diserang

Israel - tanpa mempedulikan kutukan dunia - membunuh paling kurang dua puluh sukarelawan kemanusiaan menuju Gaza!
Israel nekad. Jika selama ini hanya rakyat Palestin dibedil sesuka hati, kini, warga dunia dari segala pelusuk, tidak terkecuali. 20 dilaporkan terkorban dan 50 yang lain cedera.

Sekalipun misi dunia menerusi Freedom Flotila adalah kemanusiaan - membawa makanan dan ubatan - untuk ummat Palestin yang telah lama menderita, Israel tidak teragak menumpahkan darah mereka.

Bersama di atas kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi ini ialah rakyat negara kita. Kita sangat berbangga!

Erdogan, Perdana Menteri Turki, juga harus kita banggakan. Mavi Marmara adalah kapal Turki.
Turki memberikan reaksi pantas. Duta Israel di Ankara diminta berundur. Tiga latihan ketenteraan dengan Israel dibatalkan. Turki meminta Bangsa-Bangsa Bersatu mengadakan sidang tergempar.

Sweden, Sepanyol, Denmark dan Greece juga memberikan reaksi segera dengan memanggil duta Israel. Perancis meminta insiden ini segera disiasat.

Malaysia?

Sehingga jam 9 malam, 31 Mei 2010, semakan menerusi web Bernama, tidak ada satu pun kenyataan dari mana-mana pemimpin Malaysia mengenai serangan durjana Israel ini. Menteri Luar masuk tidur begitu awal?

Kerajaan Malaysia hanya beroperasi mengikut jam pejabat hingga lima petang?

Kita tidak merasa apa-apa dengan serangan Israel ini? Kita tidak risaukan tentang keselamatan rakyat kita? Kita tidak marahkan Israel bertindak kejam dalam perairan antarabangsa menghalang bantuan kemanusiaan untuk ummat manusia yang sedang menunggu dunia membuka jendela mereka?
Malaysia seharusnya membatalkan kontrak dengan syarikat Israel - Apco - sebeberapa segera. Jika Malaysia telah membayar RM 77 juta kepada syarikat Israel itu, kita mesti menyumbang untuk manusia tertindas di Gaza lebih banyak dari itu.

Malaysia perlu menyokong tindakan Turki memanggil sidang khas Bangsa-bangsa Bersatu.
Malaysia perlu menghantar apa jua bantuan yang diperlukan untuk warga kita yang terlibat.

Dalam respon segera, DAP, Pemuda UMNO, PAS dan PKR masing-masing telah mengeluarkan kenyataan.
Kerajaan Malaysia? Lena dalam dakapan Apco.

Bagi rakyat Kelantan, menerusi NGO Cakno Palestin, mereka kini menaja sekitar tiga puluh pelajar anak-anak kelahiran Palestin belajar di negara ini.

Jumlahnya kecil tetapi ia boleh ditambah jika dana sedia ada dapat didokong bersama rakyat Malaysia yang prihatin.

Dengan luka yang dilakukan oleh Israel kini, menjadi kewajipan kita serius dalam keprihatinan kita terhadap penindasan tak kunjung tamat oleh regim Israel terhadap rakyat Palestin.

Datuk Paduka Husam Musa
Exco Kerajaan Kelantan