Isnin, 15 November 2010

SIRAH : KHADIJAH BINTI KHUWAILID

عن عائشة قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكاد يخرج من البيت حتى يذكر خديجة . فيحسن الثناء عليها . فذكرها يوما " من الأيام فأدركتني الغيرة . فقلت : هل كانت إلا عجوزا " ، فقد أبدلك الله خيرا " منها ، فغضب ، ثم قال : لا والله ما أبدلني الله خيرا " منها ، آمنت بي إذ كفر الناس . وصدقتني إذ كذبني الناس ، وواستني في مالها إذ حرمني الناس. ورزقني الله منها أولادا " إذ حرمني أولاد النساء ، قالت عائشة : فقلت في نفسي لا أذكرها بسيئة أبدا " .( رواه أحمد واسناده حسن " الزوائد 224 / 9 " وابن عبد البر " الإستيعاب 287 / 4 " وابن كثير " البداية والنهاية 92 / 8 ")


Daripada Saidatina Aisyah RA. Rasulullah hampir tidak keluar rumah melainkan setelah menyebut kebaikan khadijah. Suatu hari baginda menyebut2 kebaikannya sehingga aku naik rasa cemburu. Aku berkata "apalah yang ada pada orang tua tu, Allah sudah menggantikan untukmu orang yang lebih baik". Rasulullah murka dan berkata "tidak. demi Allah, tidak ada orang yang boleh menggantikannya.. dia beriman denganku ketika orang lain kufur, membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku, memudahkan aku dengan hartanya ketika orang lain memulauku dan dia melahirkan anak2ku sedang isteri yang lain tidak melahirkan. Aisyah berkata pada dirinya sendiri "mulai sekarang ,aku tidak memburuk2kan khadijah lagi.

FAKTA
  • Pernah berkahwin dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah SAW.
  • Menolak semua lamaran pembesar quraisy yang datang  sebelum berkahwin dengan baginda.
  • Abu Talib menawarkan kepadanya Nabi Muhammad untuk bekerja dengannya; berniaga ke Syam. Khadijah terkejut hampir tidak percaya. Maisarah turut sama dalam rombongan perniagaan itu.
  • Maisrah menceritakan kelebihan Nabi Muhammad kepada Khadijah..tajam fikiran, kata-kata manis, cakap berhikmah.
  • Napisah binti Muniyyah (kawan karib khadijah) perasan keinginan Khadijah dan menyampaikan perkara itu kepada Nabi Muhammad. Abu Talib sangat gembira bila diberitahu keinginan Nabi Muhammad untuk bernikah dengan Khadijah. Abu talib menyediakan 20 ekor unta untuk dijadikan mahar.
  • Berkahwin sedang usianya 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun.
  • Melahirkan Qasim tetapi meninggal ketika berusia 1 tahun setengah. 
  • Menjadikan Zaid bin Harithah anak angkat. sangat mengasihi Nabi sehingga menolak kembali ke pangkuan keluarganya sendiri sebagai anak merdeka.