Ahad, 9 November 2014

HATI 6 PINTU

Aku sangat tertarik dengan kenyataan hukama'
مثل القلب مثل البيت له ستة ابواب، فاحذر ان لا يدخل عليك احد من هذه الابواب شيأ فيفسد عليك البيت ،
فالقلب هو البيت والابواب العين واللسان واللشفتان واليدان والرجلان والشم فمتى فتح باب من هذه الابواب الستة بغير علم ، ضاع البيت

Maksudnya:
"Perumpamaan seketul hati itu ibarat sebuah rumah yang mempunyai enam pintu, berhati-hatilah... supaya tidak dimasuki oleh sesiapa pun melalui pintu- pintu tersebut kerana ia akan merosakkan rumah tersebut. Maka hati itu adalah rumah, maka pintu- pintunya ialah mata, lidah, dua bibir, dua tangan, dua kaki dan hidung. Apabila dibuka pintu- pintu yang enam itu tanpa ilmu, maka hancurlah rumah tersebut.”
TITM

TUNAIKAN 6 HAK SAUDARAMU


عن ابي هريرة رضي الله عنه قال ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم حق المسلم على المسلم ست
اذا لقيته فسلم عليه واذا دعاك فاجبه واذا استنصحك فانصح له واذا عطش فحمد الله فشمته واذا مرض فعده واذا مات فاتبعه. رواه مسلم

Hak seorang Muslim atas Muslim yang lain ada enam perkara:
1. Iaitu apabila engkau menemuinya, hendaklah engkau memberi salam kepadanya.
2. Apabila i...a menjemput, hendaklah menghadirinya.
3. Apabila ia meminta nasihat, maka berilah nasihat kepadanya.
4. Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah menjawab 'yarhamukalLah'.
5. Apabila ia sakit, hendaklah menziarahinya; dan
6. Apabila ia mati, hendaklah iringi jenazahnya.

Hadis riwayat Muslim.

CATATAN DHUHA 6 : USTAZ IDRIS AHMAD

Gejala keciciran dalam perjuangan adalah lumrah. Puncanya, 1. Tidak puas hati dengan pemimpin. 2. Ada masalah peribadi. 3. Tidak tahan dengan ujian. 4. Ideanya tidak diterima. 5. Ditawar kedudukan dalam parti lawan. 6. Sikap tidak boleh hidup berjamaah. 7. Pertelingkahan peribadi sesama anggota. 8. Hendak bina kerjaya. 9. Hendak cepat menang. 10. Tarbiah tidak menyerap di dalam hati. 11. Hubbu riasah. 12. Mudah kecewa. 13. Niat tidak tercapai. Ya Allah Engkau teguhkan Iman kami dalam perjuangan Mu.
Ust Hj Idris Hj Ahmad 11 Muharam 1436 / 4 November 2014 Selasa.

CATATAN DHUHA 5 : USTAZ IDRIS AHMAD

Apakah bila Umno BN bersih rasuah, kerajaan yang telus, pemimpin yang berintegriti maka Pas kena bubar?. Jawabnya tidak sama sekali. Jika itu yang menjadi matlamat perjungan kita maka daripada awal lagi Pas tidak perlu ditubuhkan. Zaman Tunku Abdul Rahman merupakan pemimpin yang berintegriti tinggi, kenapa pula Pas bangkit melawan Umno pada ketika itu. Sudah tentu kerana dasar Islam yang berbeza dengan antara dua parti.
Ust Hj Idris Hj Ahmad 12 Muharam 1436 / 5 November 2014 Rabu.

CATATAN DHUHA 4 : USTAZ IDRIS AHMAD

zaman langit terbuka kita boleh tulis apa yang kita hendak tulis. Kerana kitalah penulis, wartawan, juru gambar, editor, ketua editor, pencetak, pengedar dan kita juga Menteri Dalam Negeri. Cuma kita sebagai orang yang beriman perlu ingat, Malaikat Kiraman Katibin juga akan menulis apa yang kita tulis. Di akhirat nanti segala buku amalan kita lebih terbuka daripada "langit terbuka".
Ust Hj Idris Hj Ahmad 13 Muharam 1436 / 6 November 2014 Khamis.

CATATAN DHUHA 3 : USTAZ IDRIS AHMAD

Ular tidak akan tawar walaupun melurut di batang berduri. Demikianlah juga seorang pejuang Islam tulin tidak terasa apa-apa segala caci maki, cemuhan, fitnah itu semua asam garam dalam perjuangan. Mereka yang melakukan perbuatan ini kebiasaanya nafas tidak panjang dalam perjuangan. Apa tidaknya orang yang dilempar bermacam-macam tuduhan sedikit tidak kurang nilainya dan mengakhiri riwayat hidupnya bersama dengan Pas. Mereka yang melakukan kerja ini belum tentu lagi.
Ust Hj Idris Hj Ahmad 14 Muharam 1436 / 7 November 2014 Jumaat.

CATATAN DHUHA 2 : USTAZ IDRIS AHMAD

Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa maksud keluarga adalah merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Usrah mesti diwujudkan di dalam setiap cawangan untuk memastikan Pas dapat memenuhi ciri-ciri Gerakan Islam dan Gerakan Politik. Ini adalah satu kelainan dengan jamaah lain kerana Pas juga merupakan gerakan politik, dua perkara ini mesti diseimbangkan.
Ust Hj Idris Hj Ahmad 15 Muharam 1436 / 8 November 2014 Sabtu.

CATATAN DHUHA 1 : USTAZ IDRIS AHMAD

Kita boleh lihat cawangan yang aktif mengadakan usrah, ahlinya hidup damai dan bersatu padu. Masalah dalaman dapat dikurangkan, kerana sering bertemu. Anasir-anasir yang tidak baik untuk meruntuhkan jamaah dapat dihindarkan. Motivasi ahlinya tinggi kerana sering diberi semangat di dalam usrah. Inilah sebenarnya matlamat usrah, selain daripada membina peribadi dan fikrah.
Ust Hj Idris Hj Ahmad 16 Muharam 1436 / 9 November 2014 Ahad.