RAMADHAN

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN


عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول :" لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَقَامَ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ ، وَرَجُلٌ ءَاتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَهُوَ يَتَصَدَّقُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَءَانَاءَ النَّهَارِ " أخرجه البخاري في فضائل القرآن


Daripada Abdullah bin Umar ra berkata : aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “tiada hasad dengki (yang diizinkan) kecuali di dalam dua perkara ; (pertama) seorang lelaki yang dikurniakan al-Kitab (ilmu al-Quran) oleh Allah, dia sanggup bangun untuk tujuan itu (membaca al-Quran) di tengah malam . Dan (yang kedua) seorang lelaki yang dikurniakan harta oleh Allah Taala , maka dia bersedekah harta itu di tengah malam dan siang”.

KELEBIHAN HAFAL AL-QURAN
عن جابر بن عبد الله أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يجمع بين الرجلين من قتلى أحد في ثوب واحد ثم يقول:" أيهما أكثر أخذا للقرآن". فإذا أشير له إلى أحدهما قدمه في اللحد، قال:" أنا شهيد على هؤلاء". وأمر بدفنهم بدمائهم ولم يصل عليهم ولم يغسلهم . (صحيح أخرجه الإمام البخاري وأبوداؤد والترمذي والنسائي وابن ماجه)


Daripada Jabir bin Abdillah ra bahawa Rasulullah SAW meletakkan jenazah dua orang yang mati shahid di Medan Uhud di dalam satu liang lahad dan Baginda bertanya : “yang manakah di antara mereka berdua ini yang lebih banyak mengambil (menghafal) al-Quran ?”. apabila ditunjukkan kepadanya (yang lebih banyak hafalannya) di antara mereka berdua, maka Rasulullah SAW meletakkannya di hadapan di dalam susunan liang lahad itu. Dan Rasulullah SAW bersabda : “Aku menjadi saksi ke atas mereka ini” (saksi bahawa merekalah yang bersungguh-sungguh di medan peperangan hingga mati shahid). Rasulullah SAW memerintah dikebumikan mereka itu dengan darah-darah mereka tanpa disolat dan tanpa dimandikan jenazah mereka itu.

SYARAT MENDAPAT KEMULIAAN AL-QURAN
عن أنس رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وءاله وسلم قال: "مَنْ قَرَأَ القرءانَ يَقُوْمُ بِهِ ءَانَاءَ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ ، يـُحِلُّ حَلاَلـَهُ وَيـُحَرِّمُ حَرَامَهُ ، حَرَّمَ اللهُ لـَحْمَهُ وَدَمُهُ عَلَى النَّارِ وَجَعَلَهُ رَفِيْقَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ حَتىَّ إِذَا كَانَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كاَنَ القرءانُ لَهُ حُجَّةً " ( رواه الإمام الطبراني في المعجم الصغير - ضعيف )



Daripada Anas ra daripada Baginda Nabi SAW bersabda : “sesiapa yang membaca al-Quran (sehingga) bangun dengan sebabnya di tengah malam dan siang, sehingga menghalalkan perkara yang dihalalkannya (di dalam al-Quran) dan mengharamkan perkara yang diharamkannya (di dalam al-Quran), pasti Allah akan mengharamkan daging dan darahnya daripada api neraka dan dijadikannya teman setia bersama Malaikat Safarah yang mulia, sehingga apabila tiba pada Hari Kiamat, al-Quran akan menjadi hujjah (pembela) baginya”.

KEUTAMAAN MENJADI IMAM
عَنْ عَمْرٍو بْنِ سَلَمَةَ رضي الله عنه عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وءاله وسلم ، قال : " صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا ، صَـلُّوْا صَلاَةً كَذَا فِيْ حِيْنِ كَذَا . فَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْـيُؤَذِّنْ أَحَدُكُمْ ، وَلْـيَؤُمَّكُمْ أَكْـثَرُكُمْ قُرْءَاناً ".. فَنَظَرُوْا فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ أَكْـثَرَ قُرْءَاناً مِـنِّيْ ، لِمَا كُنْتُ أَتَلَقَّى مِنَ الرُّكْباَنِ . فَقَدِّمُوْنِيْ بَيْنَ أَيْدِيْهِمْ وَأَناَ ابْنُ سِتِّ أَوْ سَبْعِ سِنِـيْنَ . وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ كُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَقَلَّصَتْ عَـنِّيْ . فَقَالَتِ امْرَأَةٌ مِنَ الْحَيِّ : أَلاَ تَغْطُوْنَ عَنَّا أَسْتَ قَارِئِكُمْ؟ . فَاشْتَرَوْا فَقَطَعُوْا لِيْ قَمِيْصًا . فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بِذَلِكَ الْقَمِيْصِ . (أخرجه الإمام البخاري وأبوداود والنسائي وأحمد وغيره).اه
Daripada Amru bin Salamah ra , daripada Nabi SAW bersabda : “Solatlah kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian , solatlah kamu akan solat demikian di dalam waktu demikian. Apabila masuk waktu solat , hendaklah salah seorang dari kamu melaungkan azan . Seterusnya hendaklah yang mengimamkan solat itu adalah seseorang yang paling banyak (menghafaz) al-Quran.”..
Maka mereka pun memerhati , tiada seorang pun yang paling banyak menghafaz al-Quran lebih dari aku, kerana aku sering bertemu (mendengar dan mempelajari al-Quran) daripada rombongan musafir (yang di dalam perjalanan pulang dari bertemu Nabi SAW di Madinah) . Maka mereka pun melantik aku menjadi imam di hadapan mereka, sedangkan aku baru berumur 6 atau 7 tahun.
Ketika itu aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Ketika mana aku sujud, terselak sedikit auratku . Salah seorang wanita kampung itu menegur (makmum lelaki): Apakah kamu tak mahu menutup aurat imam kamu itu daripada kami ? .
Akhirnya mereka (makmum lelaki itu) membeli kain dan menjahitkan baju untuk aku . Tidak pernah aku rasa sangat gembira lebih daripada kegembiraan daku ketika diberikan baju itu .

QURAN BUKAN SETAKAT BACA TAPI AMAL
عن الحارث الأعور قال: مَرَرْتُ فِي الْمَسْجِدِ ، فَإِذَا الـنَّاسُ يَخُوْضُوْنَ فِي الأَحَادِيْثِ . فَدَخَلْتُ عَلَى عَلِيِّ فَـقُلْتُ: يَا أَمِيْرَ الْمُؤْمِنِيْنَ ، أَلاَ تَرَى أن الناس قد خاضوا في الأحاديث .قال: وقد فعلوها ؟ قلت : نعم . قال: أما إني قد سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: "ألا إنها ستكون فتنة فقلت ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال: كتاب الله فيه نبأ ما كان قبلكم ، وخبر ما بعدكم ، وحكم ما بينكم، وهو الفصل ليس بالهزل ، من تركه من جبار قصمه الله، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم، وهو الصراط المستقيم، هو الذي لا تزيغ به الأهواء، ولا تلتبس به الألسنة، ولا يشبع منه العلماء، ولا يخلق على كثرة الرد، ولا تنقضي عجائبه، هو الذي لم تنته الجن إذ سمعته ، حتى { قالوا إنا سمعنا قرآنا عجبا . يهدي إلى الرشد فآمنا به } . من قال به صدق، ومن عمل به أجر، ومن حكم به عدل، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم". خذها إليك يا أعور.
(قال أبو عيسى هذا حديث غريب لا نعرفه إلا من هذا الوجه وإسناده مجهول وفي الحارث مقال)
Daripada al-Harith al-A’war berkata: Aku lalu di masjid, tiba-tiba manusia berkumpul bercakap-cakap sesuatu yang fitnah. Maka aku masuk bertemu dengan Saidina Ali. Aku berkata wahai amirul mukminin: Kamu tak nampakkah bahawa manusia telah berkumpul mengata sesuatu yang fitnah? Saidina Ali berkata : Mereka telah melakukannya? Aku berkata: Ya.

Saidina Ali berkata lagi: Adapun aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Ingatlah, sesungguhnya akan berlaku sesuatu fitnah. Aku(Ali) berkata: Apakah jalan keluar daripadanya wahai Rasulullah? Rasullulah bersabda: Kitab Allah (Al Quran). Di dalamnya terdapat khabar berita (umat) sebelum kamu dan selepas kamu. Dan ia menjadi hukum antara kamu dan ia pemisah (antara hak dan batil), bukan sesuatu gurau senda (olokan). Barangsiapa yang meninggalkannya kerana ingkar dan takabbur akan dibinasakan oleh Allah, barangsiapa yang mencari prtunjuk selain daripada AlQuran maka Allah akan menyesatkannya dan ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah peringatan yang bijaksana. Dan ia adalah jalan yang lurus dan ia tidak boleh diselewengkan oleh hawa nafsu. dan ia tidak akan menyukarkan lidah menyebutnya (sekali pun bagi bukan Arab) dan tidak akan mersasa puas daripadanya oleh ulama. Dan tidak akan lapuk sekalipun diulang berkali-kali. Tidak akan terhenti keajaibannya. Dan dia tidak menghalang jin daripada mendengarnya sehinggalah mereka berkata : “ Sesungguhnya kami telah mendengar Quran yang sangat ajaib. (Quran) ini memberi petunjuk ke jalan yang lurus” – Surah Al-jin ayat 1&2. .. Barangsiapa yang berkata dengannya (al-Quran) akan benar. Barangsiapa yang beramal dengannya akan diberi pahala. Barangsiapa yang menghukum dengannya akan adil. Dan sesiapa yang mendakwah kepadanya akan diberi petunjuk ke jalan yang lurus”…. Ambil lah sebagai pegangan engkau wahai A’war…